NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KITA DIPIMPIN OLEH KERAJAAN TANPA PRINSIP?



Kita berada dalam situasi yang sangat berbahaya. Lebih teruk daripada zaman PH 22 bulan. 

Kerajaan yang mentadbir ini merupakan kerajaan yang tiada prinsip, mengingkari kata sendiri dan memusatkan kepentingan politik mengatasi prinsip dan perjuangan. 

1. TIADA PRINSIP ATAU LANGGAR PRINSIP.

Prinsip menentang penyamun oleh PH telah luruh ibarat buah busuk apabila mereka bekerjasama dengan BN yang mereka hentam habis-habisan dalam PRU15. 

Lebih menyedihkan, buah yang busuk itu dimakan dengan rakusnya oleh PH, apabila mengangkat Zahid sebagai orang no 2 dalam kerajaan. Kita ingat ada sekelumit prinsip, tapi prinsip dipijak-pijak.

Jadi kita merasa sangsi, prinsip apa yang kerajaan hari ini berpegang? Jika ada, apakah akan dilanggar sebagaimana prinsip lawan penyamun dan rasuah? 

2. MUNGKIRI KATA SENDIRI

Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Namun, kerajaan yang ada pada hari ini dibina atas asas pemungkiran janji dan penipuan kempen PRU15. 

Malah, seminggu sebelum pembentukan kabinet, Perdana Menteri telah sebut tidak pertimbang jawatan Menteri Kewangan. Namun, lihatlah senyuman PM mengumumkan Menteri Kewangan itu Anwar. 

Mungkin, Anwar tak mahu jawatan Menteri Kewangan, tapi Perdana Menteri yang paksa Anwar untuk pegang jawatan Menteri Kewangan tersebut.

Jadi rakyat boleh berpaut dan percaya pada asas apa kepada kerajaan hari ini? Prinsip perjuangan sudah dipersetankan. Kata-kata pemimpin juga sudah diperdajjalkan mereka.

3. BUDAYA "EHEMMM". 

Pembentukan kabinet menggambarkan budaya kerja dan polisi kerajaan PH-BN pada masa akan datang. Zahid kata "ehemm", Anwar pun leburkan prinsip.  

Keadaan ini bukan terhenti pada pembentukan kabinet sahaja. Mungkin nanti apa-apa dasar, polisi dan inisiatif yang dibuat akan dilanggar kerana menjaga empuknya kerusi kuasa. 

Penyokong PH kata, Anwar boleh kawal Zahid. Jika boleh kawal mesti Anwar tak lantik Zahid. Bila Zahid dilantik ertinya Anwar lah yang sebenarnya dikawal Zahid. Dikawal "penyamun"?

Ye, itulah keadaan kerajaan yang ada sekarang ini. Lebih teruk dari 22 bulan dibawah Tun M. 

Ahmad Fahmi Mokhtar.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo