Ketua Setiusaha Perbendaharaan Asri Hamidin tidak kelihatan ketika sambutan Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan pagi tadi di Putrajaya. |
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Asri Hamidin dikatakan sedang bercuti bermula hari ini serentak dengan waktu Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaporkan diri bertugas sebagai menteri kewangan, kata sumber.
Asri juga tidak kelihatan dalam sambutan Anwar mengimbas kad perakam waktu (clock in) buat kali pertama pada pagi ini di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
"KSP tak sambut (Anwar). Beliau dicutikan.
"Masa mesyuarat pertama Kementerian Kewangan, Anwar dah kata KSP akan ditukar," kata sumber terdekat di Putrajaya kepada MalaysiaNow.
Asri dilantik pada 2020 tidak lama selepas Tengku Zafrul Aziz mula menerajui Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment