NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Perlis hargai pengorbanan anggota JAM bantu mangsa

KANGAR: Kerajaan Perlis merakam ucapan penghargaan kepada sukarelawan Jabatan Amal Malaysia (JAM) kerana terbabit dalam operasi menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengajak rakyat Malaysia terus berdoa dan pengharapan dipanjat sepenuhnya kepada Allah SWT. 

“Semoga bantuan Allah SWT bersama-sama dengan mangsa dan team pencarian mangsa tanah runtuh Batang Kali-Genting Highlands.

“Salam takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat. Semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan ini, insya-Allah,” katanya pada catatan di laman sosialnya.


Sehingga jam 7 malam tadi, sejumlah 14 mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Batang Kali dikhuatiri masih hilang.

Anggota JAM dan Khidmat Malaysia dari Selangor turut membantu menyelamatkan mangsa kejadian yang melibatkan seramai 94 mangsa, yang mana sehingga jam 7 malam tadi, 61 daripadanya berjaya diselamatkan, manakala 19 terkorban dan 14 lagi dikhuatiri masih hilang.

Terdahulu, anggota JAM dan Khidmat Malaysia Selangor telah membantu agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh tanah lewat malam tadi. 

Mereka turut dibenarkan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasnizan Hazrun dan Pengarah Bahagian Operasi JAM, Shehdi Hezrik.

“Kami mendoakan semoga semua urusan dipermudahkan dan diberi kesabaran kepada semua mangsa dan keluarga mangsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/12/2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo