NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan, industri bekerjasama tangani isu kekurangan bekalan, kenaikan harga

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, mengadakan pertemuan dengan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, di pejabatnya, bagi membincangkan isu kekurangan bekalan dan harga barang. Turut serta, EXCO Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini, mengadakan pertemuan dengan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, di pejabatnya.

Pertemuan itu bertujuan mencari titik persamaan dalam menyelesaikan masalah harga barang dan kos sara hidup.

Hadir sama pada pertemuan itu EXCO Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sebelum ini, Ameer, yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), antara yang lantang membangkitkan isu kekurangan bekalan barang keperluan harian, termasuk telur ayam.

Beliau juga membidas tindakan kerajaan mahu mengimport telur ayam, yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Cadangan pengimportan telur itu dikemukakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, dan ia dikatakan langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Salahuddin berkata, dengan pertemuan itu, beliau yakin pemain industri juga harus bekerjasama dalam memastikan gerak kerja yang menghasilkan situasi menang-menang untuk rakyat, industri, dan kerajaan.

Sementara itu, Salahuddin juga mengadakan pertemuan berasingan dengan pengusaha stesen minyak.

Katanya, banyak perkara yang dilontarkan pengusaha terbabit, antaranya pengurusan subsidi bersasar membabitkan golongan B40 dan M40.

"Saya hargai semua pendapat dan cadangan. Saya akan perhalusi setiap perincian ini bersama kementerian. 

"Fokus kita sebagai kerajaan semestinya untuk mencari formula terbaik untuk semua pihak, termasuk rakyat, pemain industri, serta kerajaan," katanya.

Beliau turut menegaskan menerima cabaran memegang jawatan menteri itu dengan penuh amanah dan berusaha mencari jalan terbaik untuk kelestarian hidup rakyat Malaysia.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo