NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Anwar belum stabil, boleh diugut seperti kerajaan PN, kata Wan Saiful

 


PETALING JAYA:
Kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih tidak stabil dan boleh diugut pada bila-bila masa, kata Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata situasi itu sama sahaja ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Kasihan kepada perdana menteri cakap pasal reformasi tetapi berhadapan dengan kelompok yang boleh ugut dia, pernah ada rekod jatuhkan kerajaan sendiri, kalau tak penuhi tuntutan mereka masa Muhyiddin dan Ismail sebelum ini.

“Muhyiddin dijatuhkan oleh beberapa pemimpin BN yang tarik sokongan,” katanya dalam temubual di Astro Awani.

Beliau merujuk kepada beberapa pimpinan BN yang menarik sokongan kepada Muhyiddin sebelum ini sehingga digantikan dengan Ismail.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 Nov lalu dan memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata kerajaan di bawah pimpinan Anwar pada masa ini bergantung pada BN dalam blok kerajaan.

Katanya, sekiranya diganggu-gugat kesungguhan Anwar untuk reformasi, kerajaan akan terus tidak stabil

“Jadi kes mahkamah ini akan jadi perhatian. Tiba-tiba Zahid Hamidi (presiden Umno) tak bersalah…..apa akan berlaku?…. dan jika Zahid bersalah apa kesannya dalam konteks kerajaan. Ini perkara besar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata beliau bangga PN berada dalam blok pembangkang dan prinsip sanggup ketepikan jawatan dan kuasa itu dijaga.

Berbeza dengan PH yang sanggup kompromi dengan parti yang dikutuk dan dihina sebelum ini hanya demi dapatkan kuasa.

“Saya bangga duduk di sebelah PN. Cuma saya bimbang dengan sikap ahli politik populis dalam kerajaan PH inilah yang membuatkan rakyat dalam negara muak dengan orang politik.

“Sekejap cakap lain, esok cakap lain dan lusa cakap lain,” katanya.

 


 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo