PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial ekoran kenyataannya yang mahu dikebumikan sebagai wanita di Australia kelak.
Kontroversi itu muncul selepas seorang pengguna TikTok, @hazleemohd memuatnaik sebuah video tular memaparkan reaksi Sajat terhadap persoalan yang dilontarkan netizen sama ada dia akan meninggal dalam keadaan lelaki atau sebaliknya.
“Kelak jika meninggal, saya akan meninggal sebagai seorang perempuan dan akan dikebumikan di Australia.
“Terima saja kenyataan bahawa saya akan dikebumikan dalam keadaan perempuan dan bukannya lelaki kerana saya bukan lagi berada di Malaysia,” katanya menjawab persoalan tersebut.
Ujarnya, semua lapisan masyarakat di negara itu mengenali dia sebagai seorang wanita dan menegaskan dia tidak akan dihantar pulang ke Malaysia jika meninggal dunia kelak.
Kenyataan berani mati yang dibuat oleh Sajat itu seterusnya menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan rakyat di Malaysia, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan warga TikTok.
“Masalahnya Jat, kita tidak akan pernah mengetahui di mana dan bila kita akan meninggal,” komen seorang pengguna.
“Yakin sungguh dia. Ajal maut urusan Allah. Bila dan dimana tempat kita akan meninggal kelak semuanya rahsia Allah. Doakan yang baik-baik buat dia,” kata netizen lain.
Terdahulu, Sajat pernah membuat pengakuan bahawa dia sudah menukar jantinanya di Australia sebagai wanita secara sah dan dia berasa gembira dengan keputusan yang diambilnya itu. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment