Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin.
Dia yang juga ketua penerangan Umno berkata,
hanya melalui RCI sahaja dapat membuktikan ke mana wang itu digunakan
ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat
sepanjang Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.
Kenapa Isham Jalil diam dalam isu LCS?
Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian
Pertahanan, dengan kos keseluruhan RM9 bilion. Kontrak bagi projek itu
bermula 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya menyatakan,
kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS
kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara
runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.
PAC melalui laporannya juga mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS itu, selain mengesyorkan tujuh langkah.
Ia termasuk SPRM mengambil tindakan terhadap dapatan laporan PAC itu,
Laporan Audit Forensik dan laporan JKSTUPKK serta Kementerian
Pertahanan (KEMENTAH) perlu mengemukakan laporan kemajuan kepada PAC
setiap tiga bulan sehingga projek itu disiapkan dan laporan JKSTUPKK
dinyahklasifikasikan.
Tapi Isham membisu?
Tapi membuka cerita 600 billion dengan harapan nak rosakan imej Muhyiddin
Perompak depan mata tak nampak.
........
Komen: Dia juga antara 40 orang penyamum
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment