Mohd Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan perkembangan politik semasa, beliau percaya bukan hanya Kelantan, tetapi beberapa negeri lain juga akan membubarkan DUN lebih awal. (Gambar Bernama) |
PETALING JAYA: Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka diputuskan selepas berakhirnya musim tengkujuh pada Februari depan, kata Timbalan Menteri Besarnya, Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata, pihaknya belum berbincang mengenai tarikh pembubaran DUN ketika ini kerana masih menilai suasana politik negara.
“Belum ada keputusan dan tak bincang apa-apa lagi, cuma kita sedang memerhati perkembangan dan menilai suasana (politik).
“Tahun depan walau macam mana sekalipun akan bubarlah, cuma bulan belum pasti, mungkin lebih awal dari bulan lima (Mei) sebab sudah terbubar dengan sendiri,” katanya dipetik Harian Metro.
Berdasarkan perkembangan politik semasa, beliau percaya bukan hanya Kelantan, tetapi beberapa negeri lain juga akan membubarkan DUN lebih awal.
Katanya, DUN Kelantan tidak boleh dibubarkan dalam masa terdekat kerana musim tengkujuh dan banjir dijangka berlarutan sehingga Februari depan, selain faktor perantau baru pulang ke kampung untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-15.
Mohd Amar berkata, seperti amalan biasa, PAS akan menampilkan 30% calon muka baharu pada setiap PRU, tetapi senarai calon belum dibincangkan lagi.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment