NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab


Tiada sesiapa pun termasuk ahli politik mempunyai hak dan kuasa untuk menyekat kebebasan bersuara di Malaysia kerana ia adalah hak asasi manusia malah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.

Media juga perlu berhati-hati dalam apa yang mereka laporan dan berusaha menyampaikan mesej daripada mana-mana pihak dengan cara yang paling tepat.

Media perlu lebih konkrit terutamanya dalam menghasilkan kandungan berita yang mereka siarkan tidak kira di media cetak, elektronik atau platform media sosial.

“Malangnya, media barat telah menyalahgunakan keistimewaan media mereka untuk mempengaruhi dunia dengan membesar-besarkan, dan kadangkala tidak melaporkan maklumat yang tepat.

“Sebagai contoh, dalam kes Arab Spring. Apa sebenarnya yang berlaku di Iraq? Apa yang berlaku di Libya? Apa yang dilaporkan tentang Palestin dan perang baru-baru ini antara Ukraine dan Rusia?

Laporan tidak tepat itu, kadangkala pihak yang teraniya dihujani banyak soalan dan lebih teruk, terpaksa mempertahankan diri atas perkara yang tidak pun dikata atau dilakukan.

Malaysia mengamalkan demokrasi di mana ada semak dan imbang terhadap kerajaan dan media memainkan peranan penting dalam memastikan ia berlaku.

“Dalam sistem demokrasi, media boleh bertindak sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat. Peranan media adalah penting sebagai mekanisme maklum balas, pendedahan dan saluran di semua negara.

“Kebanyakan rakyat menerima maklumat mereka tentang apa yang sedang berlaku dalam kerajaan, dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka, melalui media.

Malangnya apabila Anwar Ibrahim menjadi PM, kekebasan bersuara mulai diragut. Saman pihak pembangkang adalah satu usaha untuk menyekat suara rakyat kerana pembangkang membawa suara rakyat terutamanya rakyat Melayu Islam.

Malah tik tok juga di sekat kononnya menyekat fitnah. Yang pelik tik tok pro kerajaan Anwar + BN tidak pula disekat walaupun bahan yang disebarkan itu berunsur fitnah.

Malah ada suara-suara cuba menyekat PASTI. Ini sangat janggal macam mana kerajaan boleh takut kepada kanak-kanak yang umur antara 4-5 tahun?

Kerajaan Anwar + BN gagal menyuarakan slogan reformasi... reformasi dalam kerajaan dan pembangunan.

Tak sampai sebulan PH + BN + DAP gagal dan akan mengulangi kerajaan 22 bulan sebelum ini.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo