KUALA LUMPUR: Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh satu barisan seimbang antara pemimpin parti-parti politik dan individu berkepakaran dan berpengalaman.
Ketua Eksekutif IDEAS Malaysia Dr Tricia Yeoh berpendapat, walaupun secara idealnya kabinet dianggotai mereka yang berkelayakan dalam bidang-bidang diperlukan, realiti politik juga harus disantuni.
“Sudah pasti kita mahu orang yang profesional, tetapi realitinya ialah, sesebuah kerajaan dibentuk oleh parti-parti politik dan kita tidak boleh menukar atau mengubah suai sistem itu secara 100 peratus.
“Jadi, penyelesaiannya ialah, supaya adanya keseimbangan antara mereka yang berpangkat dalam parti dan juga mereka yang ada kelayakan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Pada masa sama, beliau berharap supaya dalam jangka masa panjang, lebih ramai golongan profesional dan berpengalaman menceburi dunia politik.
Dengan itu, kepimpinan negara di masa hadapan akan dipenuhi oleh individu yang memenuhi kedua-dua kriteria iaitu berpangkat dalam parti dan juga berkelayakan tinggi dalam bidang masing-masing.
Kabinet perlu seimbang antara pemimpin parti dengan profesional - IDEAS
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment