NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kabinet Anwar tiada 'sentuhan' reformasi

KOTA BHARU: Pelantikan menteri Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam hanya cakap kosong apabila tiada ‘sentuhan’ reformasi sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, pembentukan jemaah menteri itu hanya menampilkan muka lama dan boleh dilabelkan sebagai ‘Kabinet gabungan’.

“Yang nampak baharu hanyalah dalam bentuk menstrukturkan semula sebahagian besar portfolio menteri 22 bulan lalu kecuali Kementerian Pengangkutan. 

“Barangkali (Menteri Pengangkutan) cemerlang menggelapkan semua cermin kereta dan idea mewajibkan ‘car seat’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Kamal memberitahu, pihaknya yakin anak muda mahu sebuah parti yang bersih untuk mentadbir negara.

Katanya, pada masa sama pemimpin yang berakhlak mampu membawa negara ke arah pencapaian yang lebih baik. 

“Menteri anak muda daripada DAP saya simpan dahulu komen pandangan. Banyak yang saya khuatirkan terutama melibatkan dasar-dasar dan program-program anak muda, juga melibatkan sukan.

“Cuma, saya ingatkan kebetulannya…ramai ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) bersedia menjadi semak imbang mewakili anak muda. Nantikan persembahan mereka untuk penyediaan anak muda yang baik untuk negara,” ujarnya. –UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo