Mengikut sumber maklumat dalaman UMNO terdapat perbincangan berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan diminta mengulas mengatakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada Khamis juga tidak menyentuh perkara itu.
Justeru, beliau kata maklumat dalam bentuk infografik yang tular
di media sosial mendakwa kononnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden
UMNO tidak akan ditandingi tidak benar tetapi ramai orang tak percaya kerana sebelum ini Ahmad Maslan pernah berbohong pasal hubungan dengan dengan Anwar dan PH.
“Tiada sebarang perbincangan tentang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan ditandingi. katanya sambil lewa.
“Malah perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat MKT malam tadi. Yang tular itu ‘mamat’ tepi jalan yang buat, jangan mudah percaya,” katanya sambil senyum.
Menerusi infografik yang tular itu, memaklumkan UMNO dijangka meminda Perlembagaan bagi menetapkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.Ia turut memaparkan pindaan Perlembagaan itu akan dilakukan pada perhimpunan khas selain Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika pindaan berjaya dilakukan.
Pada 5 Disember lalu, MKT UMNO bersetuju untuk menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadualkan berlangsung hujung Disember ini kepada awal tahun depan.
PAU 2022 yang asalnya dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Januari tahun hadapan kerana tarikh asal bertembung dengan cuti persekolahan. Sinar
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment