NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Janji PN sebagai pembangkang konstruktif


KUALA LUMPUR:
Perikatan Nasional (PN) menjanjikan empat kriteria yang diutamakan sebagai pembangkang melalui pendekatan konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin, berkata empat kriteria yang PN janjikan kepada rakyat adalah penting bagi kepercayaan yang diberikan kepada parti itu.

Katanya, janji ini akan ditunaikan melalui perbahasan yang lebih efektif, membina, membangun dasar yang menguntungkan rakyat dan mestilah jujur dalam tanggungjawab sebagai suara rakyat.

"Dalam perbahasan Dewan Negara sebelum ini, PN ada kemukakan hujah sekiranya kita ingin mewujudkan kerjasama yang baik di antara kerajaan dan pembangkang, perkara asas yang perlu diutamakan ialah pemberian peruntukan Ahli Parlimen mestilah sama rata secara keseluruhannya.

"Perkara ini juga termaktub di dalam manifesto Pakatan Harapan yang kini menerajui Kerajaan Perpaduan.

"Kami melihat bahawa hubungan simbiotik antara pembangkang dan kerajaan perlu dilaksanakan dengan telus tanpa syarat seperti yang diamalkan ketika pemerintahan kerajaan PN dan kerajaan Keluarga Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, Agenda Transformasi Institusi Parlimen wajib diutamakan seperti pemerkasaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan jawatankuasa yang lain bagi memastikan setiap perjalanan kerajaan berasaskan integriti dan kepentingan rakyat, menolak budaya rasuah, kronisme dan monopoli.

"PN akan memastikan empat pendekatan ini dilaksanakan dengan efektif untuk kami memainkan peranan semak dan imbang yang berkesan dan menguntungkan rakyat serta negara.

"Kita semua mengimpikan kerajaan yang tidak mengungkit dendam dan sengketa lama tetapi terus fokus dalam agenda membantu rakyat mendepani kemelut ekonomi dan sosial yang semakin membimbangkan," katanya.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo