SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diberikan peranan khas dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Sinar Harian difahamkan, jawatan tersebut ditawarkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pertemuan di Pejabatnya pada Selasa.
Pengumuman berkaitan pelantikan tersebut juga dijangka dibuat dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, tular satu poster di media sosial yang mengatakan Ismail Sabri akan dilantik sebagai Pengerusi Petronas.
Bagaimanapun, salah seorang sumber yang rapat dengan beliau menafikan Ismail Sabri diberikan jawatan tersebut.
"Kemungkinan beliau juga sedang mempertimbangkan untuk diberikan peranan GLC yang lain," katanya kepada Sinar Harian.
Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2021 di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Seri Paduka Baginda.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment