KAHERAH: Pihak berkuasa Iran hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas empat individu dituduh bekerja untuk agensi perisikan Israel, Mossad.
Agensi berita IRNA melaporkan, tiga lagi tertuduh dihukum penjara lima hingga 10 tahun.
Menurut laporan itu, Pengawal Revolusi sudah mengumumkan penahanan rangkaian individu yang dikaitkan dengan agensi Israel berkenaan.
Katanya, individu terbabit memiliki rekod jenayah lampau dan didakwa cuba mengganggu keselamatan negara.
Menurut laporan itu lagi, ahli rangkaian berkenaan didakwa mencuri dan memusnahkan harta awam serta persendirian, selain menculik individu dan menyoal siasat mereka.
Mereka yang dituduh sebagai pengintip itu dikatakan mempunyai senjata dan menerima upah daripada Mossad dalam bentuk mata wang kripto.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Iran tidak memberi atau mendedahkan bukti mengenai jenayah didakwa itu - AP
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment