NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hentilah ‘bernostalgia’, terima hakikat, Khairuddin kamu sudah hilang dalam dunia politik



Saya terbaca satu kenyataan bekas pemimpin PAS yang dipecat drp jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali meminta Perikatan Nasional (PN) berhenti ‘bernostalgia’ susulan kegagalan mereka membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dia berkata, PN perlu menerima hakikat bahawa mereka hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya terlalu jauh bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan yang memerlukan 112 kerusi.

Saya gelak aje.

Jarang berlaku dalam PAS seseorang yang berada badan tertinggi PAS, iaitu Majhlis Syura... Setiausaha pula tu dipecat. Saya tidak berniat untuk mendedahkan kenapa dia dipecat. Sebenarnya untuk berada dalam Majlis Syura bukan senang dan pemilihan sangat sukar.

Sebenarnya yang yang bernostagia dia sendiri.


Demi untuk menghidupkan jangka hayat politik Kharuddin terpaksa membodohkan diri berada dipentas PH dan UMNO. Kalau tak datang berceramah memutar belitkan fakta dan maklumat untuk 'menghalalkan' diri sendiri dia akan hilang dalam dunia politik ini.

Kelakar bila seorang (Mat Sabu) yang dulunya menyerang kepimpinan PAS dan keputusan PAS kononnya PAS nak UG dengan UMNO. Jaja merata tempat dengan menggunakan AlMarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa PAS nak UG dengan UMNO maka mereka sanggup tinggalkan PAS kerana PAS nak bersama UMNO.

Lagi Kelakar seorang lagi (Khairuddin) pula bersama UMNO, jadi calon UMNO kerana PAS tak nak bersama UMNO jatuhkan PH. Dia ni laung di mana-mana ceramah menyeru ahli PAS undi UMNO kalau tak nak PH berkuasa.

Akhirnya kedua-dua 'bandut' ini berada di satu pentas menyerang PAS dan minta undi UMNO.

Nostagia betul...
Lagi lagi kelakar penyokong dua-dua parti, BN dan PH tak boleh berfikir secara rasional masih boleh bertepuk tangan walaupun hancing kena kencing.

NASIR RAMLEE









........
Komen: Bila sesorang itu lari drp pejuangan Islam, dia bukan sahaja hina diakhirat, didunia pun mereka hina...


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo