NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hasan Karim, MP PKR Pasir Gudang, malu dengan kemenangan tanpa integriti PH

Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengakui dirinya "malu" pada diri sendiri dengan perjuangan selama suku abad yang cuba “membawa perubahan hakiki yang dipanggil reformasi”.

Menerusi satu sajak, pemimpin lantang PKR itu berkata separuh jiwanya telah mati dan merasa tewas dengan kemenangan tanpa integriti Pakatan Harapan.

"Kini aku malu pada diri sendiri. Aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi.

"Separuh jiwaku telah mati. Aku merasa tewas, ketika menang tanpa integriti seperti ini," tulisnya dalam satu hantaran, malam tadi.

Hassan dipercayai merujuk kepada pembentukan kabinet PH oleh Perdana Menteri, Jumaat lalu yang dipertikaian oleh pelbagai pihak, baik di pihak kerajaan, mahupun pembangkang.

Antara, rungutan berkenan adalah kerana kabinet itu disertai oleh kluster mahkamah dan beberapa tokoh, khususnya dari parti sekutu PH yang berkebolehan dipinggirkan.

Berikut sajak penuh Hassan.

Kusimpan risalah reformasi di dalam peti

Semalam aku masih terdengar-dengar
Kau berkata
Kita tidak akan menggadai prinsip demi kuasa
Maka, aku pun percaya
Lalu aku kumandangkan suara keyakinanku
Ke setiap penjuru tanahair tercinta ini
Ke bukit ke gunung, ke lembah, ke lurah
Ke tanah datar aku berbicara
Bahawa hidup ini hanya sekali

Maka marilah kita rakyat marhaen,
warga bawahan rakyat jelata,
Demi keadilan kita bersama,
aku seru
Kita bawa perubahan hakiki
yang kita panggil reformasi

Tetapi hari ini aku dikejutkan
Dengan istilah-istilah asing sama sekali
Aku mendengar orang berkata
tentang Machiavellian dan realpolitik
Lalu tersentaklah aku dari mimpi ngeri

Justeru, aku merayu kepada sahabatku,
Berkata luruslah di luar dan di dalam hati
Apakah benar?
Yang lurus itu dakwah,
Politik ini bengkang bengkok rupanya?
Naif sungguh aku ini
Lurus bendul selama ini

Setelah terbangun dari mimpi
Aku ambil peti kayu di tepi katil tidurku
Lalu aku lipat dan kusimpan
Segala risalah dan teks ucapanku
Yang menyeru reformasi, reformasi,

Hampir suku abad, selama ini
Kini aku malu pada diri sendiri
Aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi
Separuh jiwaku telah mati
Aku merasa tewas
Ketika menang tanpa integriti seperti ini

HASSAN ABDUL KARIM
Pasir Gudang
Isnin 05 Disember 2022

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Apa nk malunya, umno lg tk malu dgn lagu anak kecil bermain api, nanti terbakar tangan. Tanah melayu nanti jadi milik org.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo