KOTA BHARU: Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut berkata mesyuarat juga bersetuju melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN.
"Dalam mesyuarat PN kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 ahli Parlimen. Kita telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN, Tan Sri Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN, manakala Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang," katanya.
Takiyuddin berkata, beliau pula dilantik sebagai Ketua Whip Parlimen bagi gabungan itu.
Jelasnya, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat beberapa hari lalu.
PN juga katanya telah menghantar nama calon yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau tidak mahu mendahului Muhyiddin yang dijangka akan mengumumkan nama calon berkenaan.
Ahli PN setakat ini bersetuju untuk menjadi pembangkang di Dewan Rakyat bagi mengimbangi Kerajaan Perpaduan.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment