NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – Anwar


KUALA LUMPUR
: Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dibuat berdasarkan beberapa faktor, biarpun Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sedang menjalani perbicaraan kes rasuah di mahkamah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pemilihan Ahmad Zahid bagi jawatan berkenaan antaranya diputuskan berpandukan kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau antara lain mengakui tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid bagi jawatan berkenaan, selain menjelaskan tindakan itu adalah hak peribadi masing-masing.

“Dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini saya perlu mengambil kira semua faktor ini (Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN). Dia didakwa (tetapi) belum ada hukuman dan proses ini kita harus hormati.

Namun, yang saya musykil dan ini bukan saya suarakan sekarang tetapi secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, orang yang menjerit soal rasuah itu dia harus bersih.

“Dia tidak boleh jerit rasuah tetapi ambil projek (bernilai) ratusan juta ringgit, tak boleh!,” katanya pada selepas mempengerusikan Mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

-Berita Harian



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo