NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gempa bumi kuat gegar Garut, tiada tsunami

JAKARTA – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengesan satu gempa bumi berkekuatan 6.4 pada skala Richter menggegarkan daerah Garut, Jawa Barat sekitar pukul 4.49 petang (waktu tempatan) tadi, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

“Dengan mengambil kira lokasi pusat gempa dan kedalamannya, gempa bumi sederhana besar itu berlaku disebabkan oleh aktiviti dalam plat tektonik Indo-Australia.

“Hasil analisis sumber menunjukkan gempa bumi itu mempunyai mekanisme strike-slip (pergerakan dalam kerak Bumi),” kata Ketua BMKG, Daryono dalam satu kenyataan bertulis.

BMKG menegaskan bahawa gempa bumi yang melanda daerah Garut itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Pusat gempa itu berada di darat, sejauh 52 kilometer ke barat daya daerah Garut.

Selain melanda Garut, gegarannya turut dirasai di Ciamis, Kalapanunggal, Sumur, Tasik, Pamoyanan dan Panimbang.

BMKG bagaimanapun meminta orang ramai berwaspada dengan kemungkinan gegaran susulan yang mungkin berlaku. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo