Fahmi berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian dan dakwaan yang tersebar di laman di laman Twitter tersebut adalah palsu serta fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Fitnah jahat pihak tidak bertanggungjawab. Semak sebelum sebar,” tulisnya di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial ciapan yang memaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang menggunakan tanda pagar #Kerajaankoyak dan #PMkoyak.
“Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan melalui kementerian saya terajui akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menggunakan tanda pagar #Kerajaankoyak dan #PMkoyak,” tulis ciapan yang tular itu.
Malah kata ciapan itu lagi, tindakan undang-undang yang boleh dikenakan adalah seperti Akta Hasutan. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment