NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahmi! Jangan jadi bacul, tutup ruang kebebasan rakyat bersuara


Kami Anak Muda Independent (KAMI) membantah sekeras-kerasnya kenyataan dan tindakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang seakan-akan menutup ruang hak demokrasi dan kebebasan bersuara.

Presiden KAMI, Syafiq Aziz berkata tindakan menyekat kandungan video di media sosial seperti di aplikasi TikTok telah menggugat kebebasan bersuara rakyat sekali gus bertentangan dengan nada beliau ketika pembangkang.

“Menteri Komunikasi dan Digital seharusnya menyekat terlebih dahulu kandungan video yang secara jelas telah menipu rakyat sewaktu berkempen pada pilihan raya lalu, melibatkan pemimpin dalam kerajaan pada hari ini.

“Rakyat khususnya anak muda tidak akan pernah menyerah dan berdiam diri, malah akan terus bersemangat untuk bersuara serta menjadi ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan neokleptokrasi ini.

“Sebagai gerakan anak muda yang celik politik, KAMI turut menolak budaya fitnah serta sebarang kenyataan mengandungi unsur negatif dan tidak menghormati sensitiviti.

“Maka, adalah tidak wajar untuk hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan disekat atau dihadkan oleh pemerintah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Syafiq berkata sebagai negara yang menuju ke hadapan, kerajaan tidak boleh lari daripada menerima kritikan sama ada daripada blok pembangkang mahupun rakyat.

“Janganlah bersikap angkuh dan bacul dalam mendepani cabaran kebebasan bersuara pada masa kini, sebaliknya lihat dari sudut positif iaitu penyuburan demokrasi di negara ini.

“Suara rakyat termasuklah daripada anak muda merupakan suara keramat untuk meluruskan perkara-perkara yang bengkok dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, beliau berasa kecewa apabila ahli-ahli parlimen kerajaan yang dahulunya merupakan pejuang hak kebebasan bersuara kini menjadi penakut demi tembolok kuasa masing-masing.

Jika keadaan ini berterusan, katanya, KAMI akan menggerakkan rakyat khususnya anak muda untuk berhimpun di Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri berkaitan.

Menurutnya suara yang dizahirkan sama ada dalam bentuk kritikan tidak wajar untuk disekat selagi mana ia tidak bertentangan dengan undang-undang, Perlembagaan Negara dan prinsip Rukun Negara.

“Akhir sekali, KAMI ingin mengingatkan kerajaan campuran yang memerintah pada hari ini, agar proaktif dalam mendepani isu-isu kritikal dan penting secara serius yang dihadapi oleh rakyat.

“Bertindaklah sebagai kerajaan dan janganlah berlagak seumpama pembangkang. Hentikan berdrama di hadapan media serta usahlah sibuk menukar nama kementerian sahaja. Bersikap prihatin dan dahulukan kemaslahatan rakyat,” ujarnya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo