Dulu penyokong PH alergi dengan penyamun, kini mereka pun boleh berpeluk dengan penyamun. Selepas sama-sama menyamun wang rakyat
PADANG
SERAI: Barisan Nasional (BN) yakin Pakatan Harapan (PH) adalah rakan
politik terbaik dalam membentuk Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negara
ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata selama 24 tahun UMNO dan Barisan Nasional (BN) bermusuh dengan PKR, DAP dan terbaharu, AMANAH tetapi musuh itu kini adalah kawan sebenar yang mampu membentuk Kerajaan Perpaduan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO itu memberi bayangan akan terus bekerjasama dengan PH untuk tempoh jangka panjang sebagai satu pasukan yang kuat dan kukuh.
"Seluruh rakyat tahu kami alergi orang pakai baju biru muda, dulu kami alergi tetapi alergi ada ubatnya.
"Ubatnya ialah keikhlasan untuk kita bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan yang kuat, maka atas dasar itulah kita harus melupakan perbezaan dalam kalangan kita," katanya ketika berucap di Kampung Tunku Putra di sini malam tadi.
Ahmad Zahid berkata beliau yakin jika trend kerjasama antara BN dan PH dipertahankan menerusi penyatuan dan perpaduan, insya-Allah Malaysia akan menjadi negara gemilang.
"Ekonomi kita akan lebih baik. Kos sara hidup akan dapat diatasi. Pelaburan asing akan lebih banyak masuk. Pekerjaan akan dapat lebih diwujudkan manakala pelabur-pelabur dalam negeri akan mempunyai kepercayaan yang lebih kepada kepimpinan di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara kita ini," katanya.
Sehubungan itu Ahmad Zahid berkata, Padang Serai memerlukan wakil rakyat yang sealiran dengan pemikiran dan parti Perdana Menteri.
"Ini kerana Kerajaan Persekutuan adalah kerajaan di bawah naungan Datuk Seri Anwar, maka Datuk Seri Anwar meletakkan Dr Mohamad Sofee Razak sebagai wakilnya.
"Saya berasakan kemenangan akan jadi milik Sofee pada 7 Disember ini (esok). Insya-Allah akan menambahkan kerusi PH daripada 82 kerusi kepada 83 kerusi," katanya.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata beliau berasa lebih baik berceramah dari atas lori berbanding tempat lebih baik tetapi kalah pada pilihan raya.
"Saya rasa agak pelik kerana pentas kita lori. Pentas kempen BN disediakan baik tetapi kalah. Lebih baik berkempen atas lori tapi kita menang daripada berkempen di tempat-tempat yang lebih baik.
"Keputusan pilihan raya telah diperoleh pada 19 November lalu, yang menang 73 (Perikatan Nasional), jadi pembangkang, yang menang 30 jadi kerajaan.
"Ini kerana BN yakin PH adalah 'partner' politik yang baik untuk mentadbir negara ini," katanya
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment