NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Zaliha wanita pertama dilantik Menteri Kesihatan Malaysia

Dr Zaliha Mustafa. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Wanita pertama yang dilantik Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa adalah antara dua pemimpin wanita PKR yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan. 

Ahli Parlimen Sekijang di Johor ini dilahirkan pada 16 Jun 1964 di Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim (TIGS) sebelum menruskan pengajian di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bahru pada 1981.

Pada 1982, beliau menyambung pengajian di Matrikulasi MRSM Seremban dan seterusnya ke Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1983. Dr Zaliha memulakan kerjaya dalam bidang perubatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru sebagai doktor siswazah pada 1989.

Beliau kemudian menjadi doktor perubatan di Hospital Daerah Pekan pada 1990 dan Hospital Taiping pada 1991 sebelum menyertai sektor swasta sebagai doktor di Poliklinik Penawar pada 1993.

Dr Zaliha mula aktif dalam bidang poltik pada 1999 sebagai Ketua Wanita PKR Johor dan enam tahun kemudian dilantik sebagai Pengerusi PKR negeri berkenaan sebelum menjawat jawatan Naib Ketua Wanita PKR pada 2007.

Beliau kemudian dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 2018 dan dua tahun kemudian, dilantik sebagai Pengerusi Biro Strategi, Dasar dan Latihan PKR.

Dr Zaliha yang pernah menjadi Setiausaha Politik Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, dikurniakan empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Dr Ahmad Azlan.


Sumber | BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo