NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP terpaksa akur keputusan Anwar lantik Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: DAP menghormati pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, selain menjelaskan keputusan mengenainya adalah prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, antara lain mengakui kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan disokong sebulat suara Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan Ahli Parlimen parti itu.

Beliau berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan tidak hanya membabitkan Ahmad Zahid secara individu, sebaliknya penyertaan Barisan Nasional (BN) sebagai gabungan, selain menjelaskan prinsip itu difahami di semua peringkat kepemimpinan DAP.

"Ini adalah Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada empat gabungan iaitu Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan pelbagai parti lain.

"Justeru, dalam konteks Kerajaan Perpaduan ini, apabila bergabung untuk bentuk kerajaan, ada prinsip mesti dipatuhi, siapa yang akan mewakili gabungan mereka. Itu perlu ada persetujuan daripada gabungan terbabit dan ia adalah perbincangan antara gabungan itu dengan Perdana Menteri.

"Kita perlu ada persefahaman (mengenai) prinsip ini. Sekiranya tidak menghormatinya, maka gabungan ini tidak akan berjaya dibentuk," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming; Timbalan Setiausaha Agungnya, V Sivakumar dan Penolong Setiausaha Publisitinya, Hannah Yeoh.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, perbincangan mengenai agenda negara menjadi tumpuan Kabinet Kerajaan Perpaduan, melangkaui pertuduhan kes mahkamah membabitkan Ahmad Zahid.

Komen : DAP dah hilang integriti, laungan bawa Zahid ke Penjara hanya tinggal laungan menipu Rakyat 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo