NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP mengguna Melayu sebagai calon, bila isi jawatan Menteri dan TM, Melayu diketepikan



Dalam PRU15 baru-baru ini DAP telah letak sembilan orang calon Melayu dalam PRU15. Sebahagian besar mereka memang dalam PRU15 kerana orang percaya helah DAP. Strategi ini bagi menunjukkan DAP bukan parti orang Cina atau India sahaja telah sedikit sebanyak mengambil hati orang-orang Melayu.

Apa tak lagi parti AMANAH akan membela DAP dengan hujah mana salah DAP? Dimana DAP nak 'bunuh' Melayu? Tok lebai AMANAH termasuk Dr Daniel sama-sama memuji DAP sedangkan dalam al Quran telah memperingatkan tentang bahawa orang Kapir dalam membuat persahabatan.

Tiga orang calon Melayu DAP telah menang dalam pilihan raya itu.  Young Syefura Othman (RARA), mengakui tidak sabar untuk bersama Pengerusi Pakatan Harapan itu di Dewan Rakyat.

"Selepas sekian lama Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi onak dan duri, akhirnya pengorbanan beliau membuahkan hasil.katanya.

"Saya tidak sabar untuk bersama-sama beliau di Dewan Rakyat menggubal polisi dan mengadakan reformasi demi rakyat Malaysia tercinta," katanya lagi  menerusi hantaran di Twitter.


Akhirnya janji DAP kepada Rara bila menang akan dapat jawatan Timbalan Menteri sekadar janji kosong. Rara pun diam sepi.  Tak ada Melayu isi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, sebelum PRU adalah janji kosong memperbodohkan Melayu dalam DAP sahaja.

 
DAP senyap dan tunjuk alim semasa pemilihan jawatan. DAP nampak macam berkorban selepas PRU15. Mereka tak buat bising pasal soal pelantikan menteri. Mereka serah bulat-bulat pada PM ke-10. Daripada 40 MP mereka dapat 10 MP memengang jawatan. Semuanya bukan Melayu dan bukan Islam. Sebenarnya tak beza semasa kerajaan 22 bulan lalu DAP dapat 12 jawatan... sekadar kurang 2 jawatan sahaja. Tapi rakyat nampak DAP tidak rebut jawatan dan berkorban. Semuanya tipu sahaja.

Melayu dan Islam diketepikan dalam DAP. Kalau ini pun Dr Daniel tak boleh faham aku tak tahu lagi lagi pemikiran dan ilmu yang ada ilmu dalam AMANAH yang sokong DAP kerana kononnya DAP bukan parti yang menentang Islam?

NASIR RAMLEE






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo