NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP Kementerian halimunan?

DAP KEMENTERIAN HALIMUNAN?

Jika sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sinis kehairanan ke mana pimpinan DAP tidak diturunkan untuk berkempen pada PRN N.42 Tioman dan P.017 Padang Serai.

Batang tubuh pimpinan rasis mereka, bendera roket mereka memang cuba dihilangkan agar tidak menampakan DAP untuk memancing undi melayu apatah lagi rakan baru mereka Umno yang sedang hadapi penolakan kerjasama dengan DAP oleh penyokong bawahan.

Semasa PRU-15 pun, Dap sudah melaksanakan strategi mengurangkan calon-calon cina di kawasan peratusan undi melayu tinggi, mereka telah ketengahkan calon-calon melayu di kawasan ini bagi mengabui mata pengundi.

Setelah pembentukan kerajaan campuran Umno, Pkr, Dap atau BN dan PH, DAP juga disembunyikan peranan mereka ketika rundingan dijalankan oleh Anwar Ibrahim agar sentimen penolakan terhadap Dap dapat diredakan terutama di kalangan pimpinan umno.

Dengan strategi ini, pendekatan yang lunak dan berselindung, mereka dapat selesaikan kerjasama di dua negeri Perak dan Pahang. Rundingan menjadi agak mudah dengan DAP diarahkan tidak buka mulut dan tidak tonjolkan diri mereka. Serah kepada pimpinan melayu dalam PH untuk mengepalai rundingan.

Selepas barisan kabinet Anwar Ibrahim berjaya dibentuk, ramai penyokong umno agak sedikit reda kerana hanya empat orang sahaja pimpinan DAP dilantik sebagai Menteri dan umno memiliki Timbalan Perdana Menteri seperti mana tuntutan mereka.

Namun ramai tidak sedar, walaupun tiada pimpinan utama DAP di kabinet Anwar, strategi licik Anwar 'menghilangkan' pimpinan utama DAP adalah untuk memastikan kemarahan orang melayu dapat dikurangkan waktu ini.

Dap sanggup mengalah waktu ini, patuh kepada kepala baharu mereka, tapi kita cukup yakin dan percaya helah ini adalah semata-mata cuba lunakan sementara waktu curang penolakan orang melayu terhadap mereka.

Peranan DAP masih besar, masih ada kuasa istimewa dalam PH, masih abang besar, cuma disembunyikan dahulu. Mereka sebenarnya berperanan menyamai kuasa Menteri, cuma berada di kementerian-kementerian 'Halimunan' yang tidak dizahirkan.

Inilah ancaman baharu dan besar terhadap kesan pembentukan kerajaan BN dan PH hari ini. Umno boleh bercakap mereka berjaya mengawal kemaraan DAP dengan posisi Presiden umno sebagai Timbalan Perdana Menteri dan lima lagi menteri yang umno miliki, namun ini semua tipu daya strategi politik yang mereka membutakan mata mereka demi kelangsungan kuasa.

● Naraza Muda | Sabtu | 03 Disember 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo