AL RAYYAN, Qatar: Croatia menyingkirkan Brazil daripada saingan Piala Dunia selepas menewaskan juara lima kali itu 4-2 menerusi penentuan penalti pada aksi suku akhir, sebentar tadi.
Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menyelamatkan sepakan Rodrygo sebelum sepakan Marquinhos sekadar menggegar tiang gol bagi membolehkan Croatia melangkah ke separuh akhir.
Terdahulu, Neymar berjaya meletakkan Brazil di depan pada lewat separuh masa pertama masa tambahan, tetapi Croatia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Bruno Petkovic pada minit ke-117.
Jaringan Neymar dalam perlawanan itu menyaksikan dia menyamai rekod Pele sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 77 gol.
Croatia akan berdepan pemenang perlawanan antara Argentina dengan Netherlands bagi perebutan tiket ke pentas final. - AP
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment