NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 | Kes baru 1,682, seramai 1,401 dirawat di hospital dan 6 kematian dicatat

Jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 5,005,239 dengan adanya pertambahan 1,682 kes baru direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 22,006, berkurangan 18.1 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 486
Kuala Lumpur: 160
Sarawak: 150
Melaka: 140
Pulau Pinang: 123
Sabah: 115
Kedah: 87
Negeri Sembilan: 79
Pahang: 74
Perak: 71
Kelantan: 66
Putrajaya: 45
Johor: 37
Terengganu: 33
Labuan: 11
Perlis: 5

Sementara itu KKM juga merekodkan enam lagi kematian baru dan semuanya tidak membabitkan kes yang berlaku di luar pusat kemudahan kesihatan.

Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan dua kematian, manakala selebihnya di Johor dan Selangor.

Sejak minggu lalu, purata 7.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.7 dan ia menunjukkan trend menurun.

Sejak pandemik itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,738 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Dalam perkembangan sama KKM menyatakan ada seramai 1,401 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital, termasuk 91 sedang mendapat rawatan rapi.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo