NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China sekat dua individu Amerika Syarikat

Kesemua aset dua individu tersebut di China akan dibekukan. – Gambar AFP, 23 Disember, 2022.


CHINA menyekat dua individu Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap sekatan AS ke atas dua pegawai China pada 9 Disember atas dakwaan isu hak asasi manusia berkaitan Tibet.

Selaras Undang-undang Anti-Sekatan Asing China, pihak China memutuskan untuk mengambil sekatan timbal balik terhadap Miles Maochun Yu dan Todd Stein, menurut Kementerian Luar pada Jumaat, lapor Xinhua.

Semua aset mereka di China akan dibekukan. Mana-mana organisasi atau individu di China dilarang  terlibat dalam transaksi dengan mereka.

Kedua-duanya serta ahli keluarga terdekat mereka dilarang memperoleh visa atau masuk ke China, menurut kementerian itu.

Sekatan itu berkuat kuasa pada Jumaat. – Bernama, 23 Disember, 2022.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo