NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Brazil terkena sumpahan kucing jalanan?


DOHA:
Tidak ramai yang meramalkan Croatia boleh mengalahkan Brazil pada perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, namun sebaliknya bagi mereka yang memberikan tumpuan terhadap kontroversi membabitkan seekor kucing jalanan baru-baru ini.

Croatia mengalahkan Brazil 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi sekali gus layak ke separuh akhir. Bagi peminat Croatia mereka pastinya bergembira dan teruja manakala bagi penyokong Brazil hancur luluh hati mereka.

Namun sesetengah daripada mereka merujuk kepada insiden antara seekor kucing jalanan dan seorang pegawai media Brazil ketika sidang akhbar bintang Real Madrid, Vinicius Junior sebagai karma terhadap pasukan yang kalah.

Ketika Vinicius bersiap sedia untuk menjawab soalan, seekor kucing jalanan warna belang hitam dan kelabu melompat ke atas meja untuk menyertai sidang akhbar itu.

Bintang bola sepak Brazil itu ketawa berikutan saat melucukan itu tetapi kemudian seorang pegawai akhbar Brazil yang datang membantu Vinicius menjawab soalan, mengangkat kucing itu dan melemparkannya dari meja.

- Foto AP
- Foto AP

Pegawai akhbar itu mengangkat kucing itu dengan cara yang salah dan melemparkannya ke bawah meja, menyebabkan ramai yang menganggap ia satu penganiayaan terhadap haiwan.

Perlawanan antara Brazil dan Croatia tegang dan mendebarkan. Kedua-dua pasukan adalah kuasa besar dalam bola sepak sekalipun Brazil dilihat lebih menjadi pilihan.

Croatia layak ke final pada Piala Dunia Russia 2018 manakala Brazil terkandas pada suku akhir apabila tewas di tangan Belgium.

Namun membandingkan kedua-dua pasukan itu tidak mencukupi buat sesetengah peminat yang mula mencipta teori Brazil kalah kerana sumpahan kucing yang teraniaya itu.

"Kucing itu menyumpah Brazil," ciap seorang pengguna laman Twitter.

"Taylor Swift betul, Karma adalah seekor kucing," ciap Iwan merujuk kepada lirik lagu terbaharu 'Karma' dendangan penyanyi wanita Amerika Syarikat (AS) itu.

Insiden kucing itu, yang berlaku Rabu lalu, menyebabkan Brazil menerima kecaman dengan ramai menuduh pegawai akhbar itu menganiaya haiwan.

PETA, kumpulan advokasi hak haiwan yang berpangkalan di Virginia, AS menganggap tindakan itu sebagai "kasar dan tidak sopan."

Sesetengah orang mempunyai pandangan lebih jauh apabila meramalkan Brazil tidak akan memenangi Piala Dunia kerana pegawai akhbar itu kelihatan tidak sopan menangani kehadiran kucing itu.

Jadi ada satu perkara yang dipelajari menerusi internet iaitu jangan main-main dengan kucing!



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo