Usaha pencarian lelaki berkenaan di kawasan sekitar Gunung Pulai diteruskan pada Isnin. - Foto Bomba Johor |
SKUDAI – Bomba Johor meneruskan usaha mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti pendakian di kawasan Gunung Pulai berhampiran Pulai Hijauan Skudai di sini pada Ahad.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Jasni Saidin berkata, setakat jam12 tengah hari Isnin, lelaki berkenaan masih gagal dikesan meskipun mangsa berjaya dihubungi buat seketika pada Ahad.
“Kita berjaya hubungi dia semalam dan usaha mencarinya kita teruskan hari ini bermula dari lokasi terakhir (location) dia berjaya dihubungi.
“Selain itu, kita juga luaskan lagi jarak pencarian kerana percaya dia berkemungkinan masih berada di kawasan sekitar tetapi dalam keadaan yang sudah tidak bermaya (setelah hilang seharian),” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Untuk rekod, mangsa Lee Chin Chai, 56, dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian seorang diri sekitar jam 7 pagi pada Ahad setelah dibantu rakannya tentang pentunjuk jalan ke Gunung Pulai dan mangsa juga dilaporkan menggunakan jalan pintas untuk ke puncak gunung terbabit.
Bagaimanapun, kakak mangsa kemudiannya telah menghubungi rakan-rakan mangsa sekitar jam 7 malam bertanyakan mengenai mangsa dan mereka (rakan-rakannya) mengatakan ada melihat mangsa di puncak gunung tersebut sekitar jam 10 pagi.
Mangsa kemudiannya telah menghubungi kakaknya jam 8 malam pada Ahad mengatakan dia telah sesat semasa perjalanan pulang dan sempat memberikan lokasi terakhirnya menerusi aplikasi whatsapp.
Sementara itu, Jasni berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai menerima panggilan mengenai kehilangan seorang lelaki jam 8.53 malam pada Ahad di kawasan berhampiran Pulai Hijauan Skudai.
Katanya, sejurus menerima panggilan berkenaan, seramai sembilan anggota termasuk beliau bersama satu jentera FRT dan satu jentera EMRS telah dihantar ke lokasi.
“Usaha pencarian turut melibatkan 16 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan unit K-9, Syarikat Air Johor (SAJ – tiga anggota), dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM – tiga anggota).
“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bersama agensi bertindak telah melakukan pencarian di darat dengan menggunakan teknik Jungle Tracking hingga ke lokasi terakhir mangsa dihubungi.
“Pihak tentera juga telah melepaskan tiga das tembakan bagi menarik perhatian mangsa manakala pihak SAJ membuat pencarian menggunakan bot di kawasan tasik pada jarak 15 kilometer (km) dari kawasan mangsa dipercayai hilang.
“Bagaimanapun, mangsa masih gagal dikesan. PKO dan semua agensi berkumpul pada 5 pagi (Isnin) dan kemudiannya bertindak membuat pencarian di kawasan sekitar Ulu Choh,” jelasnya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment