NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bola Al Rihla perlu dicaj sebelum perlawanan

 


DOHA:
Tahun berganti tahun, kecanggihan teknologi juga lebih ketara setiap kali tiba acara sukan, terutamanya pada temasya terbesar dunia seperti Sukan Olimpik atau Piala Dunia FIFA.

Bagi Qatar 2022, kemajuan teknologi baharu diperkenalkan dalam usaha untuk menjadikan sukan itu lebih baik serta memastikan keputusan yang lebih adil di tengah padang.

Itulah sebabnya badan induk bola sepak dunia FIFA dan Adidas, penaja rasmi bola kejohanan, memperkenalkan bola sepak berteknologi tinggi yang dinamakan Al Rihla, yang mempunyai penderia atau 'sensor' seberat 14 gram di dalamnya yang membolehkannya dijejaki dalam masa nyata serta titik pin lokasi tepat pada bila-bila masa dalam permainan.

Ia membolehkan lokasi bola dikenal pasti setepat mungkin apabila menilai gol, ofsaid dan aspek lain permainan itu, terbukti sebagai alat yang berguna untuk disambungkan ke sistem video bantuan pengadil atau VAR.

Ramai peminat mula mempersoalkan mengapa bola Piala Dunia perlu dicaj sebelum perlawanan.

Ia disebabkan penderia di dalamnya hanya menggunakan bateri kecil yang bertahan sekitar enam jam penggunaan aktif.

Penderia seberat 14 gram itu dibangun dan dikilang oleh Kinexon, syarikat perisian berpangkalan di Munich dan pengasas bersamanya Maximilian Schmidt menerangkan cara ia berfungsi, malah mengatakan pada bila-bila masa bola terkena impak sistem pada kadar 50 frame sesaat.

"Data dihantar dalam masa nyata dari penderia kepada sistem penentu kedudukan (LPS), yang membabitkan penyediaan antena rangkaian yang dipasang di sekitar medan permainan yang mengambil dan menyimpan data untuk digunakan segera.

"Apabila bola keluar dari kawasan semasa permainan dan bola baru dibaling atau ditendang masuk untuk menggantikannya, sistem 'backend' Kinexon secara automatik beralih kepada input data bola baharu tanpa memerlukan bantuan manusia," kata Schmidt.


 


 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo