BANGI, 19 Jamadilawal 1444H, Rabu – PAS Pahang kecewa tindakan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) Temerloh yang membatalkan tempahan Dewan Tun Razak bagi mengadakan majlis kesyukuran parti itu hari ini.
Lebih dikesali, ia dibatalkan meskipun tempahan dan kelulusan telah diberikan sebelumnya serta pembayaran sewa juga sudah dilunaskan, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Perangai lama mereka ini tidak berubah sejak dahulu dan ia menambahkan kemarahan orang ramai.
“Dewan orang ramai sepatutnya dapat dimanfaatkan, sayangnya ia hanya boleh digunakan oleh parti pemerintah sahaja.
“Walaupun PRU lalu menyaksikan PN (Perikatan Nasional) berjaya memenangi kerusi Parlimen Temerloh dan DUN Semantan dan Lanchang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor turut meluahkan kekesalan atas tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah mengarahkan pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh, bagi tujuan jamuan kesyukuran Parlimen itu.
Beliau berkata, pembatalan itu adalah arahan kerajaan negeri terus kepada pihak Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Temerloh secara lisan tanpa ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis.
“Saya juga telah beberapa kali cuba berhubung dengan pihak Menteri Besar Pahang, namun tidak dapat sebarang maklum balas,” katanya.
Justeru, Salamiah mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) Pahang untuk memberikan penjelasan mengapa tempahan itu dibatalkan dalam tempoh kurang 24 jam.
“Pihak kami telah mengikut prosedur tempahan dan membayar wang deposit tempahan seperti yang ditetapkan,” katanya.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment