Timbalan Pengerusi BN itu berkata, pihaknya perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama.
“Biar pihak berkenaan berbincang kerana belum ada perbincangan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau, hari ini.
Pada 2023, Pilihan Raya Negeri akan diadakan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipetik sebagai berkata bahawa gabungan itu belum memutuskan sama ada ia akan bekerjasama dengan BN dalam enam PRN kerana ia kini tertumpu untuk mengukuhkan hubungan kerja dengan BN dalam kerajaan perpaduan.
........Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment