NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bila rasuah diganti dengan Islamofobia

BILA RASUAH DIGANTI DENGAN ISLAMOFOBIA

Hari ini ketakutan terhadap agenda Islam PAS menjadi semakin ketara berbanding dengan penolakan terhadap rasuah walaupun mesej anti-rasuah sangat memuncak semasa kempen PRU sebelum ini, 

Tiba-tiba mereka boleh menerima pemimpin-pemimpin dengan kes rasuah yang sedang berjalan di mahkamah untuk menjadi sebahagian dari kerajaan.

Saya sangat terkejut bila diberitahu oleh beberapa individu (berbangsa Cina), sebaik sahaja keputusan PRU15 keluar dan PAS telah memenangi sebahagian besar kerusi dan berkemungkinan membentuk kerajaan persekutuan, beberapa mesej Islamofobia telah tersebar;

“Sekarang kita punya * akan kena potong”
“Semua kena pakai tudung”
“Tak ada dah pawagam lepas ni”
“Kita sudah tak boleh minum arak dah lepas ni”
“Sekarang kita tak boleh dah pakai seluar pendek”
“Kita tak boleh amalkan agama kita”
“Sekarang perempuan dah tak dibenarkan bekerja”

Mari kita lihat apa realiti yang sebenar.

1. PAS adalah satu-satunya parti yang tiada seorang pun pemimpinnya terlibat dengan rasuah.

Faktor takut kepada Tuhan adalah asas utama di dalam PAS di mana jika ada di antara ahli/pemimpin PAS yang terlibat dengan rasuah ia bermakna mereka telah melakukan dosa besar.

2. Bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka. Kelantan sendiri mempunyai patung Budha yang tertinggi di Asia Tenggara. 

Malahan patung Budha duduk dan Budha tidur juga ada di Kelantan. Di Tumpat, ada kuil Hindu yang berusia lebih 100 tahun. Kota Bharu sendiri mempunyai gereja Khatoliknya sendiri.

3. Bukan Islam dibenarkan minum arak. 

Adapun penjualan minuman beralkohol yang dikawal secara lebih tegas adalah kerana kerana PAS percaya penyalahgunaan dan pengambilan alcohol secara berlebihan mempunyai kesan negatif kepada kehidupan berkeluarga dan juga masyarakat. 

4. Wanita berpendidikan tinggi. 

Terdapat beberapa pelajar perempuan Kelantan yang telah berjaya sebagai pelajar terbaik SPM di peringkat nasional. Kelantan juga telah menawarkan biasiswa kepada pelajar perepuan berbangsa Cina. 

Ahli parlimen Tumpat terkini, YB Mumtaz adalah seorang peguam dan Senator Dr Wan Martina adalah seorang doktor.

5. Rakyat digalakkan berpakaian sopan tapi tidaklah sehingga bukan Islam diwajibkan memakai tudung ataupun tidak dibenarkan memakai seluar pendek. 

Boleh datang ke Kelantan dan lihat sendiri bagaimana.

6. Pawagam memang tiada di Kelantan sejak pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz lagi. 

Di Terengganu dan Kelantan pula tiada pawagam yang ditutup. Pastinya itu juga tidak akan berlaku jika PAS mengambil alih kerajaan persekutuan.

7. Berkhatan sangat digalakkan kepada orang Islam dan semestinya tidak diwajibkan bagi yang bukan Islam. 

Bahkan mualaf pun tidak semestinya mesti berkhatan. Ketakutan seperti ini sangatlah tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat yang bertamadun.

Mengaitkan PAS dengan Taliban adalah sangat tidak matang.
Kita hidup di dunia moden yang segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari

Sudah tentulah, menyaksikannya sendiri adalah lebih baik. Kemas beg anda dan pergilah melawat Kelantan. Lihatlah sendiri jika setiap khabar itu benar atau sebaliknya.

Jadi tolong jawab soalan saya;

APA YANG SUDAH BERLAKU DENGAN KEMPEN ANTI RASUAH?

Diterjemahkan dari tulisan asal oleh Fairuz Azmi
https://twitter.com/fairuz.../status/1597459307351904257
...

#rasuah
#Hipokrasi
#Islamophobia"

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo