Sebaliknya, beliau berkata pasukan bebas bakal ditubuhkan sebagai entiti siasatan sesuatu kes itu perlu melibatkan mereka yang berpengalaman dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Pewartaan suruhanjaya bebas itu amat bagus dan tepat, namun sebaiknya tidak berlaku lantikan politik dalam pembentukan badan siasatan itu untuk kes membabitkan IPCC,” katanya menurut Berita Harian.
Pada sidang media semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pelaksanaan IPCC bermula Jun tahun depan.
Menurutnya, ia selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha KDN Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz mengenai tarikh penguatkuasaan akta itu.
Dewan Rakyat pada 26 Julai lalu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) IPCC 2020 untuk mempertingkat integriti polis, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggotanya, serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.
Sebelum dibentang di Parlimen, proses penggubalan IPCC membabitkan libat urus dengan seramai 1,059 orang, selain sesi taklimat bersama pimpinan tertinggi PDRM, persatuan bekas polis, wakil KDN serta Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).
IPCC memberi fokus kepada penubuhan suatu badan untuk melaksanakan siasatan, manakala tindakan dan hukuman tatatertib masih dikekalkan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut peruntukan sedia ada dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Veteran Polis Malaysia (VPOL), Hussin Awang Ngah, berkata suruhanjaya bebas perlu dianggotai pegawai polis supaya dapat memantau dan lebih mengetahui apa yang berlaku dalam PDRM.
“Jika boleh kita mahu seorang atau dua pegawai polis dan bukan hanya semata-mata orang luar seperti peguam dan sebagainya. Contohnya, jika peguam, mereka ini bercakap melalui apa yang mereka lihat saja walhal mereka tidak mengalami sendiri apa yang berlaku dalam pasukan.
“Jika terdapat wakil polis dalam suruhanjaya ini, sekurang-kurangnya mereka boleh bersuara mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Ini kerana orang luar hanya nampak badan beruniform ini yang elok saja,” katanya.
Katanya, pelaksanaan IPCC juga membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana anggota sama ada berpangkat rendah mahupun pegawai kanan.
“Saya secara peribadi berasaskan IPCC boleh dilaksanakan, kerana sebelum ini tindakan disiplin hanya dilakukan terhadap anggota bawahan saja, malah tata etika pegawai atau pegawai kanan ditutup sebelah mata,” katanya.
No comments
Post a Comment