Kita juga selalu nampak peniaga juga tidak buang benda ini di bahagian paha ayam ini.
Menurut satu perkongsian di laman Facebook Menu Masakan Senusantara menjelaskan, mengikut kajian sudah terbukti secara ilmiah bahagian tersebut jika tidak dibuang memang berbahaya.
“Yang suka makan bahagian ini dan menganggap ini adalah hati atau rahang ayam, wahai ahli group Menu Masakan Senusantara ini adalah ginjal ayam iaitu bahagian ayam yang menyimpan racun dalam tubuh ayam.
“Bahagian tersebut dikatakan di mana makanan ayam yang mengandungi ubat turut terkumpul dan ini termasuk darah kotor yang tidak sihat untuk dimakan,” jelas perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna di media sosial turut terkejut dengan pendedahan tersebut.
“Selalu memang aku makan bahagian ini, rasa dia sama sahaja seperti hati dan pedal ayam. Terima kasih dengan info ini,” ujar Waqori Selamat.
“Aku baru tahu hari ini bahawa bahagian ini tidak boleh dimakan, dah berapa banyak ditelan sebelum ini,” jelas Khaira Mohd Noor. – KOSMO! ONLINE.
No comments
Post a Comment