Inilah yang Anwar Ibrahim terpaksa hadapi, melepas diri dari belenggu 'badi' yang menghantui kerajaan gabungan yang 'terpaksa' dibuat untuk melayakan beliau bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-10. Menamatkan penantian 'PM Tepi' sekian lama.
Mengurus DAP mungkin Anwar mampu, menyakinkan DAP agar menuruti apa sahaja perancangan beliau mewujudkan suasana sedikit harmoni bagi mengabui masyarakat DAP ini bukan seperti orang melayu takutkan.
Tanpa meletakan pimpinan utama DAP di posisi Menteri dan Timbalan Menteri, adalah diharapkan orang melayu merasa sedikit selesa terutamanya rakan baharu mereka umno. Soal peranan dimainkan di belakang tabir oleh pemimpin utama DAP untuk capai agenda tersembunyi itu bab lain.
Sebelum ini, umno memainkan dan menakut-nakutkan kerajaan PAS Terengganu dengan slogan 'kerajaan sepenggal'. Memang jolokan ini menakutkan kerana sejarah peralihan kuasa di Terengganu berlaku sedemikian didakwa.
Sebelum PAS menang besar dengan penguasaan 28 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada 1999, Pas pernah menjadi kerajaan kali pertama pada 1959 sebelum jatuh 1961 akibat krisis dalaman. Tidak sampai sepenggal hanya sekitar dua tahun sahaja.
Kemenangan 1999 hanya kekal sepenggal sahaja apabila umno berjaya merampas kembali kerajaan Terengganu pada piliharaya umum 2004 dengan kemenangan bergaya dan PAS hanya berjaya mengekalkan 4 kerusi sahaja berbanding umno 28.
Lemparan cakap-cakap 'Kerajaan Sepenggal' kembali bergema dan dimainkan atau dihidupkan semula apabila PAS berjaya merampas kembali Terengganu 2018 sehingga kini. Tidak dinafikan momokan ini sangat memberi kesan dan menyebabkan kepimpinan PAS berkerja keras mengatur strategi untuk keluar dari 'badi' ini.
Mungkin kali ini PAS Terengganu boleh terlepas dari badi ini jika indikator pola undi PRU baru-baru ini diambil kira walaupun hanya Parlimen sahaja dibubarkan. Keputusan secara tidak langsung memberi isyarat PAS Terengganu bakal terlepas dari badi ini kerana mereka menang di semua Parlimen yang dipertandingkan. Jika pecahan undi di DUN diambil kira PAS hanya kalah satu DUN sahaja daripada 32 DUN.
Begitulah yang menanti Anwar Ibrahim, sebelum ini semasa kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan, mungkin Anwar boleh berlepas diri, kerana waktu itu dia masih 'PM Tepi' tapi sekarang dia Perdana Menteri sebenar.
Jika kerajaan pasca PRU-15 ini tertubuh hasil kemenangan besar PH tanpa gabungan atau kerjasama dengan mana-mana parti lain, mungkin mereka boleh lepas 'Badi 22 bulan 3 Perdana Menteri' namun kemenangan kali ini tidak mutlak seperti PRU-14.
Pakatan Harapan kali ini dibantu oleh Umno untuk melengkapkan syarat membentuk kerajaan. Dari awal lagi tiada keserasian di antara mereka, hanya atas faktor-faktor tertentu mereka terpaksa kerjasama dalam kepuraan. Parti kompenen BN sendiri mempertikaikan keputusan Pengerusi BN untuk kerjasama dengan PH.
Berlakulah pergolakan dalaman BN sehingga desakan agar Zahid berundur dari umno itu sendiri selepas pembentukan kerajaan bersama BN- PH dan DAP. Mungkin terlalu awal untuk mengatakan kerajaan campuran ini akan hancur berdasarkan apa yang berlaku hari ini, namun Anwar Ibrahim perlu bersedia hadapi cabaran 'badi' ini.
22 bulan dan dalam tempoh penggal Parlimen ke-14, tiga Perdana Menteri dilantik, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri. Sejarah tetap sejarah sebagaimana dicatat. Kini cabaran ini, badi ini menanti Anwar. Apakah penderitaan beliau selama ini, dipenjarakan oleh umno, dihina oleh umno dan kini Zahid Presiden umno membantu beliau akan menatijakan Anwar boleh keluar atau terlepas dari dari badi penggal lalu.
● Naraza Muda | Isnin | 12 Disember 2022
No comments
Post a Comment