NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apakah asas pertikaian isu PrEP?

SIAPA yang belum faham isu PrEP ini. Berikut adalah ringkasan. 

PrEP akan diberikan kepada sasaran berikut;  

1. Individu dewasa (18 tahun dan ke atas). 

2. Individu yang HIV negatif (Seronegative). 

3. Individu berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV iaitu mempunyai salah satu daripada kriteria yang berikut (dalam tempoh enam (6) bulan sebelumnya):

i. Mempunyai pasangan seksual positif HIV yang tidak menjalani terapi yang berkesan selama enam (6) bulan; 

ii. Menjalani hubungan seks tanpa kondom; 

iii. Menjalani hubungan seks dengan lebih daripada seorang pasangan yang tidak diketahui status HIV; 

iv. Mempunyai pasangan seks dengan lebih daripada satu faktor risiko HIV;  

v. Dijangkiti satu atau lebih penyakit STI (Sexual Transmitted Infection) lain; 

vi. Menggunakan dadah untuk keseronokan seksual; 

vii. Bertukar (diterima atau diberi) seks untuk wang, barang berharga, dadah etc (pekerja seks); 

viii. Pernah menggunakan PEP (Post Exposure Pill).

4. Individu yang meminta diberikan PrEP (walaupun risk assessment tidak perlu PrEP). 

Kenapa jadi isu kegusaran kebanyakan dari pengamal perubatan terutama doktor Muslim? 

Kami mempunyai asas yang jelas sama ada ingin memberi atau tidak ubat antiviral itu. Tiada siapa menolak atau diskriminasi kes HIV positif untuk mendapatkan rawatan [first, do no harm – primum non nocere). 

Bahkan kami sentiasa membuka ruang yang seluas-luasnya untuk pesakit HIV datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Apabila mereka datang ke klinik Kesihatan atau hospital pasti mereka dirawat tidak kira punca dari mana mereka memperolehi penyakit itu. 

Tiada pilih kasih dalam pemberian ubat-ubatan. Layanan sama dengan penyakit-penyakit lain dan akan diberikan ubat mengikut kesesuaian (indikasi) serta kebolehcapaian (accessibility) ubat tersebut. 

Kami tiada masalah untuk berikan PrEP kepada pasangan HIV yang sah dari sudut undang-undang. Bahkan pemberian PrEP kepada pasangan yang sudah berkahwin ini sudah lama dilaksanakan. Ianya khusus kepada serodiscordent couple (suami positif HIV, manakala isteri negatif HIV atau sebaliknya). Dalam masa sama pencegahan lain diteruskan seperti memakai kondom selagi mana jumlah HIV tidak mencecah ‘tidak dapat dikesan’ (undetectable viral load). Matlamatnya adalah untuk melindungi pasangan yang masih belum terkena HIV. 

Ubat PrEP yang dicadangkan baru-baru ini adalah pemberian Subsidised PrEP kepada golongan pengamal hubungan seks bebas (lihat senarai individu yang disasarkan). Matlamatnya murni memberi ubat PrEP percuma bagi mencegah HIV, tetapi membuka ruang kepada kegiatan seks songsang berlaku. Inilah yang kami tidak setuju. 

Pemberian ubat antiviral ini tidak semudah yang kita sangkakan. Jika sekadar beri ubat, tetapi pemantauan dan kaunseling terhadap ketagihan seks tidak dibuat, ibarat menyorong bantal. Mereka semakin seronok. Kita mungkin puas hati kerana jumlah HIV dari golongan ini makin menurun, tetapi kita tidak melihat pada murka Allah yang jelas dinyatakan kepada pelaku golongan ini. Kami bukan bersikap ingin menghukum (judgemental) tetapi atas batas iman dan nilai kemanusiaan ini, kami bimbang azab akan diturunkan kepada kita semua. Inilah pegangan kita jika kita tidak beramal dengan amar makruf, nahi mungkar. 

Kami yakin pihak berwajib sudah ada garis panduan untuk pemantauan. Apabila memikirkan ubat antiviral merawat HIV ini banyak kesan sampingnya, kami tidak pasti berapa lama mereka boleh bertahan (sustainability of treatment and compliance). Begitu juga masalah dengan kerintangan ubat antiviral (resistance). Semakin banyak kos digunakan untuk menukar kepada jenis lain demi menjamin keselamatan tingkah laku berisiko kumpulan LGBT itu? 

Jika bertegas ingin berikan juga PrEP ini sebagai projek rintis (pilot project), kami boleh bersetuju dengan beberapa syarat ketat. Pemilihan individu adalah hanya dikhususkan kepada pasangan sah pesakit HIV (People Living with HIV Individual) dan individu pengamal seks berisiko tinggi yang benar-benar ingin keluar daripada ‘kitaran ketagihan’ seks songsang mereka. Dalam hal ini, PrEP adalah salah satu bentuk rawatan bantuan bagi mereka yg ingin kembali ke pangkal jalan, selain daripada ‘risk reduction counseling‘ yang perlu juga diintegrasikan dengan pendekatan holistik bio-psiko-sosio-spiritual sepertimana definisi kesihatan sebenar oleh WHO.

Kaedah ini adalah salah satu bentuk rawatan bantuan bagi mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan. Ianya sedikit persamaan konsep dengan mereka yang ingin berhenti menagih dadah melalui pemberian methadone. Namun pemberian PrEP kepada LGBT itu pun masih lagi memerlukan penelitian dan pandangan majlis fatwa sebelum dilaksanakan. Satu pelan perancangan bersepadu wajib diwujudkan dengan melibatkan pelbagai agensi seperti JAKIM dan seumpamanya. 

Elemen perundangan juga perlu dinilai semula bagi memastikan golongan yang menentang fitrah manusia ini tidak semakin subur membiak seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam negara kita. 

Kenyataan bersama;

1. Prof Dr Samsul bin Draman

2. Prof Madya Dr Rosediani Muhamad 

3. Prof Muhammad Ibrahim

4. Prof Madya Dr Nik Nur Fatnoon binti Nik Ahmad

5. Prof Madya Dr Aspalilah Alias

6. Dr Radhiahtul Akmal Razali

7. Dr Jannatul Madihah binti Abu Bakar

8. Dr Zamzurina Asmuee

9. Ms Afizah Salleh

10. Dr Anita Rina Ali 

11. Dr Rina Salwani Mohd Tamin

12. Dr Suhazeli Abdullah 

13. Dr Nor Halwani Habizal 

14. Dr Zafferina binti Zulghaffar

15. Dr Shafiq Wahab 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo