NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa relevan bagi tuala wanita percuma di tandas pejabat menteri?

BANGI, 17 Jamadilawal 1444H, Isnin – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa seolah-olah tidak memahami kumpulan sasaran dalam konteks menangani kemiskinan haid apabila mahu memulakan program pemberian tuala wanita secara percuma di pejabatnya terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, meskipun usaha itu baik dan wajar disokong serta patut dijadikan program nasional, ia tidak relevan memulakan pemberian tuala wanita percuma di tandas pejabat menteri.

“Kalau menteri bagi kepada pegawai pejabat menteri yang makan gaji beribu-ribu ringgit sebulan, itu salah guna kuasa. Takkan nak suruh warga berpendapatan rendah panjat ke tandas pejabat menteri?

“Ini masalahnya bila Menteri Kesihatan PH-BN dari golongan kayangan. Langsung tak faham siapa kumpulan sasaran program bantuan untuk rakyat miskin. Apalah malang nasib negara kita dapat Menteri Kesihatan kayangan macam ni?” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhasrat memulakan program pemberian tuala wanita secara percuma bagi menyokong usaha menangani kemiskinan haid dalam negara.

Dr Zaliha berkata, program berkenaan akan dimulakan di Pejabat Menteri KKM sebelum diperluaskan ke kementerian-kementerian lain dan agensi yang berkaitan.

“Saya sebagai Menteri Kesihatan Wanita pertama rasa elok kita lakukan di KKM, saya akan mulakan pemberian tuala wanita di tandas pejabat menteri,” katanya.

- ismaweb

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo