NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar tak perlu takut bayang-bayang sendiri, kata Hamzah

Menyifatkan usul undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah gimik sahaja, Dewan Rakyat hari ini (19 Disember 2022) diberitahu bahawa ada ahli Parlimen (MP) yang menunggu masa untuk menentang perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani bagi membentuk Kerajaan Persekutuan, baru-baru ini.

Ketika membuat pendedahan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan MoU yang memaksa MP kerajaan menyokong sebarang usul di Parlimen sebenarnya menyekat dan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ahli Parlimen Larut itu mempersoalkan adakah tindakan itu satu bentuk demokrasi yang sering dilaung-laungkan Anwar sebelum ini.

“Yang Berhormat Tambun tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sanggup melanggar segala prinsip perjuangan sendiri. Semasa berkempan dalam PRU-15 lalu sebagai contoh Yang Amat Berhormat Tambun sendiri menyanyikan lagu sedap “hoi…”

“Yang Berhormat Tambun sendiri pun dah tahu ada sebilangan ahli-ahli parlimen sebenarnya tidak rela diperlakukan sedemikian.

“Mereka hanya menunggu waktu untuk menentang penindasan ini dan berjuang untuk kepentingan rakyat. Mereka tidak rela dipermainkan,” katanya ketika membahas usul undi percaya terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri.

Hamzah berkata kesan kumulatif peruntukan daripada MoU itu menyebabkan semua MP daripada PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN) mengundi hanya dengan cara yang dikehendaki Anwar.

Jelasnya, keadaan itu bercanggah dengan prinsip asas berparlimen yang dijamin Perlembagaan dan undang-undang Malaysia.

“Ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan dasar awam, tidak sah serta tidak dibenarkan undang-undang.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, Hamzah berkata MP Tambun itu sendiri telah menyatakan bahawa MP Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memperoleh sokongan majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Yang Amat Berhormat Tambun yang telah pun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November yang lepas walaupun seperti kenyataan yang amat Berhormat sendiri, bahawa Yang Berhormat Pagoh sudah pun dalam pusingan pertama memperolehi sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri.

“Kami sedar bahawa usul ini hanyalah gimik semata-mata apatah lagi dilakukan selepas satu perjanjian persefahaman kerjasama yang telah ditandatangani oleh semua pemimpin-pemimpin. gabungan parti-parti yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, PKR dan Amanah.

“Perjanjian persefahaman kerja itu adalah satu perjanjian yang. menyekat, merosakkan dan memudaratkan demokrasi berparlimen,” katanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo