Timbalan Ketua Bersatu Shah Alam Dr Afifi Bahardin mempersoalkan jika Anwar seorang perdana menteri yang tidak berfungsi.
"Adakah kita ada ketua kerajaan atau ini sebuah kerajaan tanpa perdana menteri yang berkesan?
"Jika Anwar terlalu lemah walaupun untuk tidak memasukkan kleptokrat dalam kabinetnya, bagaimana kerajaannya dapat memberi perubahan bermakna atau reformasi untuk rakyat?
"Lebih penting, ini kerajaan siapa? Siapa yang buat keputusan dalam kerajaan ini? Anwar atau Zahid yang berdepan 47 pertuduhan korupsi?" soal bekas pemimpin pemuda PKR itu lagi, mengulas kenyataan Fahmi.
Afif turut mengecam Fahmi yang menurutnya membuat percubaan "terdesak" untuk mempertahankan pelantikan menteri dengan berselindung di sebalik konsep kerajaan perpaduan.
"Fahmi dan anggota kerajaan BN-PH yang lain perlu henti ulang pembohongan bahawa kita ada kerajaan perpaduan di Malaysia. Kerajaan baru ini bukan kerajaan perpaduan," katanya lagi.
Menurut Afif, kerajaan perpaduam adalah apabila semua parti diwakili dan memandangkan PN tiada dalam pentadbiran, PH sebenarnya mengetuai "kerajaan gabungan".
Muhyiddin pula mendakwa Anwar telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dilaungkan sepanjang kempen PRU, apabila melantik "kleptokrat" dalam kabinet.Dia juga menyifatkan kabinet Anwar sebagai "paling mengecewakan dalam sejarah negara" apabila seorang yang perlu membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dilantik menjadi timbalan perdana menteri.
Presiden Bersatu itu juga mendakwa ada ahli parlimen yang dikenali dengan sikap "cauvinis melampau" dilantik menerajui kementerian tertentu.
Dia bagaimanapun tidak menyebut mana-mana nama secara khusus.
"Sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai kabinet," katanya lagi.
........
Komen: Anwar?? 24 tahun tunggu rupa barang buruk
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment