NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar Koyak: Hamzah minta ambil tindakan, Anwar minta baca buku Hadi apa kaitan?


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman media Eropah yang telah menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri dengan menggelarnya sebagai “homoseksual sepenuhnya” (full-blown homosexual).

Hamzah berkata, ia jelas adalah satu penghinaan kepada Perdana Menteri dan beliau harus mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Menurut Hamzah, Perdana Menteri wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar dan jangan hanya mengambil tindakan terhadap mereka dalam negara sahaja serta jangan dilihat sebagai jaguh kampung semata-mata.

“Pada 24 November 2022, sebaik saja YAB Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, sebuah agensi berita dari Itali Agenzia Nova menerbitkan artikel yang bertajuk First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country.

“Laporan itu jelas menghina YAB Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tindakan tegas harus diambil. Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa YAB Tambun sudahpun diberi pengampunan oleh Yang Di-Pertuan Agong,” katanya.

Yang peliknya Anwar pula minta baca buku Hadi

Anwar Ibrahim hari ini menganggap Hamzah Zanudin belum mendapat tarbiah daripada rakan pembangkang apabila membangkitkan isu homoseksual semasa berbahas semalam.

Kata perdana menteri Hamzah Zainudin melakukan serangan peribadi apabila "mencerca, memfitnah" dan melakukan konspirasi ke atasnya selama hampir 25 tahun.

Kali ini, kata Anwar, Hamzah melakukan serangan tersebut secara lebih licik.

"Saya takkan ulas perkara itu (dengan lebih lanjut) kerana tentunya dia belum mendapat tarbiah drp Marang (Presiden PAS, Abdul Hadi Awang), yang pernah menulis tentang qazaf," katanya semasa mengemukakan usul untuk membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023.

Apa lah koyaknya Anwar, Hamzah tu dah faham dan khatam buku Qazaf Mangsa Fitnah pasal tu PN sebenarnya minta Anwar jangan jadi jaguh kampung nak saman mereka dalam negeri aje. Samanlah sekali media luar negara.

Yang lagi pelik, penyokong PH beriya-iya dalam tik tok kononnya hebat Anwar boleh hentam Hamzah. Kan bangang namanya siapa tuduh? Buku Hadi tu kan rujukan kamu juga. Jadi kalau baca buku Hadi maknanya PN tak tuduh pun.

Yang KOYAK tu apa pasal?
Hamzah tak tuduh pun kamu full-blown homosexual

NASIR RAMLEE


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo