NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar kini meniti di titian sirat yang garisnya amat halus


Daripada 94 orang yang ditemui ini, hampir semua menolak Zahid kecuali seorang. Dalam masa sama  survei dalam talian di mana 310 responden turut bulat-bulat menolak Zahid.

Ini menggambarkan demikian buruknya prestasi Umno atau Barisan Nasional ketika PRU15. Malah seorang pengundi di Kampung Baru memberitahu, beliau melihat Najib Razak ‘lebih elok’ berbanding Zahid. Meskipun rata-rata pengundi boleh menerima Anwar Ibrahim, tetapi tiada siapa tatkala itu bersedia mencerna gandingan Anwar-Zahid. Sudah tentu pengundi biasa tidak melihat apa yang penganalisis dan ahli akademik lihat iaitu tiadanya sebarang parti dominan dapat membentuk kerajaan. Maka wujudlah parti-parti yang mengadai prinsip untuk dapat menjadi kerajaan. Walaubagaimana pun ada parti yang teguh dengan prinsip tidak menjual maruah diri.

Sebahagian besar daripada mereka yang ditanya dan dibawa berbincang ini, hanya 7 orang responden bersedia melihat parti-parti bawah Pakatan Harapan (khusus DAP) dan Umno bekerjasama. Itu pun mereka juga mengisyaratkan dengan begitu jelas; kerjasama itu hendaklah bukan dengan Zahid. Ini menunjukkan pengundi atau orang Melayu sangat berhati-hati, berwaspada dan amat cermat dalam menerima Zahid, dan Umno.

Keputusan PRU15 tidak begitu memihak kepada PH, ia tetap tidak begitu menyeronokkan kerana PH yang menjanjikan pelbagai agenda dan tawaran reformasi akhirnya menjilat ludah membentuk kerajaan (dinamakan Anwar+BN) dengan Umno, kononnya atas saranan Istana Negara.

Meskipun mengakui keputusan FGD sebelum pengundian itu (ketika dua minggu berkempen) tidak menjelaskan sentimen mutakhir masa kini, ia tetap sedikit sebanyak menyerlahkan sikap pengundi yang ‘menekan brek kecemasan’ apabila ada sebarang usaha melibatkan Umno.

Kerajaan ANWAR+BN ini dijangkakan tidak berjaya menempuh lima tahun. Gangguan di mata rakyat, yang perlu ‘perform’ bukan sahaja DAP, Anwar sendiri tidak menunjukkan kepimpinan yang baik. Namun berjaya gagal kerajaan Anwar+BN ini terletak di pundak Umno. DAP mungkin mengubah sikap dan berdiam diri. Kegagalan Umno ini akan menjadi peluang baik buat PAS dan BERSATU.

Tentulah ini amat aneh kerana prestasi Anwar kini di tangan Umno, dan Zahid. Tentu sahaja Umno bercita-cita besar untuk memulihkan citra mereka dan merebut kembali penerimaan orang Melayu. Namun petunjuk ketika kerja lapangan di atas mengisyaratkan ia tidak senang. Anwar pun permulaan menjadi PM telah menunjukkan sangat tidak baik. Perkara remeh diperbesarkan. Rakyat bukan nak lihat gaya berpakaian, santai, tetapi rakyat nak kerajaan menangani kos sara hidup. Rakyat mahu harga barang turun atau tidak murah pun mampu dibeli.

Gambaran yang diberikan oleh responden dapat dibaca yang mereka amat tidak percaya dengan Umno (dan keputusan PRU15 adalah bukti nyata). Umno tidak semestinya diterima dengan hangat hanya kerana mengaku sudah berubah, bertaubat dan melakukan perubahan. Gambaran ini juga menjadi fakta menakutkan yang kerajaan Anwar +BN ini tidak lama.

Bolehkan Umno diterima,sudahlah UMNO ditolak oleh ahlinya UMNO menjadi duri dalam daging kepada PH. PKR tidak akan berkongsi kawasan mengundi dengan UMNO. AMANAH pula takkan nak jilat ludah dulu keluar PAS kerana PAS dan UG dengan UMNO. Manakala DAP tidak akan sekali-kali akan bersama UMNO begitu lama. Pengalaman dengan PAS dimana DAP rasa rugi mereka akan menyerang PAS. Apatah lagi dengan UMNO.

Umno yakin pengundi telah berubah sekelip mata dan menerima yang mereka kini telah menjadi kerajaan bersama ANWAR. Pilihan raya (tertangguh) di Padang Serai boleh menjadi petunjuk ketara bahawa Umno memang bukan lagi pilihan orang Melayu. PN yang menang bergaya. PN telah diterima rakyat. Imej buruk Umno ini tentu boleh menghambat PH dan ditambah janji palsu Anwar, perdana menteri ke 10. Bahkan nama buruk Zahid mencemarkan PH lagi.

Kini ahli PH telah menyuarakan jangan ghairah menawar kerjasama dengan Umno di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, dan Melaka, dengan alasan semata-mata kerana ada ‘kerajaan perpaduan’ di peringkat persekutuan, di Pahang dan Perak; maka Selangor akan membuka pintu kepada penyertaan Umno dalam kerajaan negeri. Pengundi amat matang, dan begitu memahami kerjasama di Perak dan Pahang misalnya adalah titik hitam meruntuhkan PH dan BN.

Pendek kata, Anwar kini meniti di titian sirat yang garisnya amat halus kerana emosi dan cara gaya memerintah dengan sifat dendam. Dia tidak mungkin menyudahkannya, kerana awal permulaan meniti dia telah menunjukkan imej buruk dan wajah dua dalam dirinya. Negara dan bangsa Malaysia menjadi malang menjadi PM yang mempunyai dua wajah. Perkara ini diburukan lagi dengan bayarangan hitam Zahid Hamidi. Sudah pasti pengundi sentiasa bersedia menghukum mereka ini.

Pengundi rasional, mereka membuat keputusan yang bijak dan dalam hal PRU15 mereka bukan sahaja menelan bulat berita propaganda PH tetapi mendapatg maklumat dan mengikut saluran anak muda TikTok. Mereka menjawab isu-isu sebenar. Mereka membongkar fakta sebenar. Akhirnya Tik Tok menjadi medan sumber maklumat yang cepat dan sahih.


KOPIeDIT
Dulu ada juga suka penulisan Faisal Tehrani..
Tapi kini melihat penulisannya tak guna akal, emosi dan "rubbish"


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo