NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar hantar surat 12 perenggan kepada Zahid


KUALA LUMPUR
– Bekas Pengerusi UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menuntut penjelasan daripada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pemecatan beliau sebagai ahli UMNO.

Beliau telah menghantar surat setebal lima muka surat dan 12 perenggan kepada Ahmad Zahid dua hari lalu.

Surat tersebut sebagai balasan surat pemecatan yang dihantar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada beliau.

“Saya menulis kepada Presiden UMNO untuk mendapatkan penjelasan sekiranya sudi berikan penjelasan beberapa perkara yang sangat asas takut-takut perkara itu tanpa penjelasan akan berterusan dianggap sebagai fitnah.

“Kalau tidak diberi penjelasan saya tidak tahu itu fitnah atau tidak pada saya ia kebenaran

“Perkara-perkara itu terlalu amat sensitif, amat besar dalam perjalanan UMNO dan kerajaan maka saya buat masa ini tidak berhasrat untuk berkongsi dengan sesiapa biar terhad kepada saya dan presiden UMNO,” kata Annuar.

Beliau berkata demikian dalam sidang khas berhubung pemecatan beliau sebagai ahli yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 9 Disember lalu.

Sidang media itu adalah yang pertama dilakukan Annuar sejak beliau dipecat Jumaat lepas.

“Cuma yang dapat saya bacakan sedikit daripada kandungan surat itu dalam para tujuh saya sebutkan, kita masing-masing ada kecintaan kepada parti, jika ada neraca yang boleh menyukat kecintaan ini nescaya kita boleh lihat cinta siapa lebih berat timbangannya.

“Jika ada cupak yang boleh menyukat banyaknya kasih saya kepada UMNO berbanding kasih Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri (Ahmad Zahid)  pasti kita akan tahu kasih dan setia yang lebih banyak kepada UMNO malangnya Datuk Serilah neraca, Datuk Serilah cupaknya.

“Jadi YAB Datuk Seri telah menafikan kasih dan kesetiaan orang lain kepada UMNO,” katanya.

Annuar bagaimanapun menyatakan dirinya  tidak mempunyai perasaan marah dan dendam terhadap Ahmad Zahid.

Sementara itu Annuar menegaskan dirinya tidak akan merayu keputusan UMNO memecat beliau sebagai ahli.

“Saya telah buat keputusan saya tidak akan merayu. Kalau merayu ini, pertama nak merayu ini kita kena tahu salah. Kemudian kita nilai betul kita salah atau tidak, kalau kita tak salah kita merayulah atas benda yang salah tetapi hingga hari ini saya tidak tahu, saya tidak ada pertuduhan.

“Tidak pernah panggil, tak pernah tanya, tak pernah soal, tak pernah minta penjelasan. Panggil secara sahabat pun tak ada. sedangkan dalam MKT (UMNO) itu sahabat-sahabat saya. Tahu-tahu surat sekeping kena pecat, jadi saya nak merayu apa,” tegas Annuar.

Annuar juga membuat kesimpulan UMNO tidak lagi memerlukan beliau.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo