NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Analisis Awal: Pengundi BN mengundi BN dan tidak undi PH, lebih memilih PN


Keputusan awal setakat ini Tioman dah jadi milik BN. Keputusan awal adalah seperti berikut:-

BN - 8077
PN - 7439
PH - 791
PEJUANG - 82
BEBAS - 60

dengan kehadiran pengundi sangat rendah iaitu 54% hampir separuh tak pergi mengundi.

Untuk Padang Serai pula.

PN - 25347
PH - 15685
BN - 1614
BEBAS - 383
PEJUANG - 223
WARISAN - 88

dengan kehadiran pengundi 63% masih juga rendah.


Pengundi Teras BN/UMNO berpecah 2


Mengikut analisis awal pengundi teras UMNO/BN (orang cakap berkarat biru, golongan tua) terpecah kepada 2 bahagian satu golongan tetap mengundi BN. Ini boleh dilihat di Padang Serai 1614 masih mengundi BN. Untuk Tioman sudah pasti mereka undi BN.

Satu Bahagian lagi di mengundi BN di Tioman pasal itu undi BN tidak jauh berbeza dengan PRU14 lalu, Hanya meningkat lebih kurang 2000 undi mungkin undi daripada PH. Tetapi untuk Padang Serai mereka tidak rela mengundi PH/DAP mereka memilih pengundi PN daripada PH. Ini dapat dilihat daripada peningkatan undi PN.

Pembaca boleh lihat gambar rajah di atas, makna undi BN pergi kepada BN untuk Tioman dan pergi ke PN untuk Padang Serai.

Pengundi PH terutama pengundi atas pagar beralih ke PN


Pengundi PH terutama pengundi atas pagar beralih ke PN di Padang Serai. PH juga ada pengundi teras tetapi pengundi teras PH hanya tak sampai 10% daripada jumlah pengundi di satu-satu kawasan.

Kesimpulan Awal

Kesan daripada perkahwinan luar tabie PH+BN ini pengundi teras UMNO hanya terjejas sekitar 10% sahaja. UMNO masih ada kekuatan pengundi teras kerana UMNO sudah lebih 60 tahun memerintah. Hanya UMNO/BN tidak akan mendapat kepercayaan pengundi luar pagar sahaja. Imej UMNO/BN buruk dimata masyarakat. Pengundi teras UMNO tidak begitu berubah kerana mereka ada kepercayaan kepada pemimpin yang masih boleh dipercayai dalam UMNO untuk PAU akan datang mengubah UMNO kepada pejuangan asal.

Walaupun Anwar menjadi PM setelah berjuang lebih drp 20 tahun tetapi Imej Anwar bila menjadi PM sangat buruk oleh rakyat biasa. Tidak mendapat kepercayaan kepada pengawai kerajaan dengan sikap buruk Anwar seperti berbohong memutar belit maklumat, mengacam musuh dsbnya. Malah golongan profesional dan badan NGO mula goyah dengan sikap Anwar.

NASIR RAMLEE

- analisis sepintas lalu






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo