NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Anak dipukul dengan getah paip, direndam dalam kolam air, tak diberi makan'

Muhamad berpelukan dengan ibunya selepas tiba di KLIA dari Bangkok semalam. NSTP/ Samadi Ahmad.
Muhamad berpelukan dengan ibunya selepas tiba di KLIA dari Bangkok semalam. NSTP/ Samadi Ahmad.

SEPANG: "Saya pernah menghalang hasrat anak untuk bekerja di Singapura bagi mendapatkan gaji lumayan kerana risau keselamatannya, malah tidak menyangka langsung dia dibawa ke Myanmar untuk dijadikan pekerja sindiket scammer," kata ibu kepada remaja mangsa scammer yang ingin dikenali sebagai Moon,53, dari Kampung Parit Raja, Johor.

Moon yang bekerja tukang masak di sebuah restoran berkata, hasrat anaknya dikenali sebagai Muhamad, 21, bekerja di luar negara akhirnya dipersetujui selepas mendapat tahu dia akan pergi bersama empat lagi sahabatnya yang berasal dari kawasan sama.

Beliau berkata, Muhamad yang bekerja sambilan di kampung sebelum ini mendapat tawaran kerja di Singapura melalui rakan sekampung di media sosial pada September lalu yang diuruskan pihak ejen, tetapi tidak memaklumkan bidang pekerjaan ditawarkan kepada mereka.

Katanya, selepas bertolak anaknya memaklumkan mereka tidak jadi bekerja di Singapura kerana ejen memaklumkan tiada kekosongan di republik itu lalu memindahkan mereka ke Thailand.

"Sebelum ke Thailand mereka berlima ditempatkan di sebuah hotel di Johor Bharu selama dua hari untuk dokumentasi dan tiket penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh pihak ejen, seterusnya dibawa ke Myanmar," katanya kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Semalam, anaknya bersama seorang rakan sekampung dikenali sebagai Shidi, 19, dan empat lagi warga Malaysia yang menjadi mangsa penipuan sindiket kerja sebagai scammer di Myanmar dibawa pulang dari Bangkok, Thailand.

Empat mangsa lain berumur lingkungan 25 hingga 30 tahun ialah seorang dari Kuala Lumpur dan Miri Sarawak serta dua orang dari Kota Kinabalu, Sabah.

Kepulangan mereka diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang

dari Bangkok, Thailand pada jam 8.45 pagi dengan pesawat TG145 dan tiba di KLIA pada jam 12 tengah hari.

Moon berkata, sepanjang berada di Myanmar, anaknya pernah menghubungi keluarga beberapa kali bagi memaklumkan dia bekerja sebagai scammer tetapi tidak menceritakan dia didera dengan tidak diberi makanan, dipukul dengan getah paip dan direndam dalam kolam air jika tidak mencapai sasaran RM30,000 sehari seperti ditetapkan pihak sindiket.

"Anak hanya berkongsi maklumat itu dengan rakan lain di kampung bagi mendapatkan pertolongan kerana dia tidak mahu saya risau.

"Pada Oktober lalu, anak menghubungi rakannya meminta sediakan wang tebusan RM15,000 dan jika gagal untuk tempoh ditetapkan, akan dijual kepada agensi lain di Laos," katanya.

Moon berkata, selepas rakannya tidak berjaya mengumpul jumlah wang tebusan itu, mereka datang berjumpanya dan suami memaklumkan keadaan sebenar anak di Myanmar.

"Kami terkejut dengan berita itu, malah kami juga tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk dibayar kepada pihak sindiket.

"Jadi, kami membuat keputusan membuat laporan di balai polis Parit Raja dan bertemu Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim bagi mendapatkan bantuan membawa anak pulang," katanya.

Moon berkata, pihaknya juga berharap tiga lagi rakan anaknya yang masih berada di Myanmar dapat diselamatkan dan dibawa pulang sebelum sebarang perkara buruk berlaku ke atas mereka.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo