NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga tengah Malam inj

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga pukul 12 tengah malam ini
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga jam 12 tengah malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat itu akan berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Mersing, Johor.

“Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh enam jam,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap (waspada) dijangka berlaku di Pahang melibatkan Kuantan dan Bera, manakala di Johor meliputi Segamat, Kluang dan Kota Tinggi sehingga pukul 12 tengah malam ini.

Hujan berterusan turut akan berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran dan Rompin) serta Johor (Kluang, Mersing , Kulai, Kota Tinggi) dalam tempoh 17 Dis (Sabtu) hingga 20 Dis ini.

“Amaran hujan berterusan tahap (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku enam jam dalam tempoh tersebut di suatu kawasan,” menurut kenyataan itu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo