NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aktiviti perkhemahan bukan anjuran sekolah, kata menteri


SUNGAI BULOH:
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan aktiviti perkhemahan yang disertai beberapa guru dan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong bukan anjuran pihak sekolah.

Beliau berkata, aktiviti itu anjuran persendirian dalam kalangan guru dan pelajar, yang turut membabitkan keluarga serta rakan mereka.

“Bukan anjuran sekolah mereka, mereka buat program sendiri bersama kawan dan keluarga.

“Ada pelajar terlibat, setakat yang kita kenal pasti dari SJKC Mun Choong, selebihnya kita belum tahu dari mana,” katanya dalam sidang media di Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, pihaknya mendapat maklumat tujuh guru bersama rakan dan keluarga mereka menyertai aktiviti perkhemahan itu.

“Saya diberitahu mereka akan mendaftar keluar hari ini. Semua tujuh guru itu adalah wanita.

“Setakat yang diberitahu, 23 individu dari sekolah ini, manakala bakinya pengusaha kantin, keluarga guru dan rakan mereka,” katanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo